JOM BAKAR KALORI KITEEE....


Bulan ke bulan berat badan makin bertambah..niat dihati nak diet ,tapi tak tahu cara nak mulakan.tetiba terbaca artikal nie.... MENARIKK  dan TERTARIK...emmmmmm




1. Minum air sejuk
Minum air sejuk lapan gelas sehari akan membakar lebih banyak kalori berbanding air suam atau air dengan suhu biasa. Air mampu meningkatkan proses metabolism. Semakin banyak air diminum, semakin kurang potensi lemak berkumpul di dalam tubuh.

2. Berjalan cepat, kemudian berjalan lambat
Di samping melakukan kerja-kerja rumah, manfaatkan tangga di dalam rumah. Turun-naik tangga membuatkan tubuh menggunakan lebih banyak otot. Lakukan dengan cepat selama 10 saat, dan perlahankan kembali langkah. Ulangi beberapa kali.

3. Makan makanan kaya protein
Tubuh akan menggunakan lebih banyak kalori untuk mengubah protein menjadi karbohidrat.

4. Makan makanan pedas
Makanan pedas membuatkan sel-sel lemak lebih responsive dan membantu penurunan berat badan. Makanan pedas juga membuatkan kita minum lebih banyak air. Minum kopi tanpa gula, susu ataupun krim juga dapat membantu membakar kalori sehingga 10 peratus.

5. Olagraga
Jenis latihan yang banyak menggerakkan lengan dan kaki sangat efektif untuk membakar kalori dengan banyak.

6. Kunyah gula-gula getah
Aktiviti ini dapat membakar 11 kalori per jam. Walau bagaimanapun, kunyahlah gula-gula getah yang tidak mengandungi pemanis buatan

Sumber: Mingguan Wanita


Tak sangka yang nombor 1.. ingatkan minum air suam leh kurang kalori.. rupanya AIR SEJUK..


JUST FOR SHARING .....

Assalamualaikum semua..

Dapat info  pasal mandi, selama ini ingat tiada makna atau maksud tersirat disebalik kita terutamanya orang melayu yang suke mandi pepagi.. tapi rasanye lepas ni seeloknya kita mandi sebelum subuh.... 

eloknya mandi sebelum subuh



Mandi awal pagi bukan sahaja membersihkan malah memberikan kesegaran dan manfaat untuk tubuh badan. Malah mandi awal pagi iaitu sebelum solat Subuh merupakan antara amalan Rasululah SAW. Antara manfaat mandi awal pagi ialah:

1. Melancarkan peredaran darah
Jika peredaran darah lancar maka tubuh akan menjadi lebih sihat dan bertenaga.

2. Kulit lebih lembut dan halus
Mandi menggunakan air sejuk dapat mengurangkan lingkaran gelap bawah mata. Kuku juga akan menjadi lebih sihat, kuat dan tidak mudah retak. Kulit pula menjadi lebih lembut dan halus.

3. Meningkatkan kesuburan
Tubuh badan manusia akan mendapat reaksi yang positif apabila mandi pada waktu pagi. Justeru, dapat meningkatkan hormon testosteron pada lelaki dan hormon estrogen untuk wanita.

4. Mengurangkan risiko darah tinggi
Insyaallah jika diamalkan selalu, risiko untuk mendapat penyakit ini akan berkurangan. Jangan lupa diiringi doa juga.

5. Mengurangkan tekanan serta tenang
Air yang sejuk akan melancarkan kembali peredaran darah setelah lama berbaring. Buat yang mengalami depresi, inilah cara yang terbaik untuk menghilangkannya.

6. Meningkatkan sel darah putih
Mandi dengan air sejuk akan meningkatkan sel darah putih.Apabila sel darah putih banyak maka daya tahan tubuh terhadap penyakit pun meningkat