ULANGTAHUN PERKAHWINAN KU..


12. NOVEMBER


Setiap  12hb November mengingatkan kembali detik-detik perkahwinan kami... telalu indah tak dapat dibayangkan... kekadang menitis air mata teringat kembali kenangan itu. sedar -tak sedar hampir 10 tahun kami mendirikan rumah tangga. begitu pantas masa berlalu... pelbagai suka duka selih berganti.. gilai tawa menjadi asam garam dalam rumah tangga... betul kata orang-orang tua.. kunci kekuatan dan keutuhan rumah tangga adalah KESABARAN dan KEPERCAYAAN diantara satu dengan lain. selain daripada MENYANYANGI dan DISANYANGI...





Kepada Orang yang kusayang yang bernama "SUAMI"


Selamat Hari Ulangtahun Sayang
Ku ingin bersamamu sentiasa
hingga ke akhir masa disyurga
yang menjadi destinasi cinta
Hanya KeranaNYA
Allah yang MAHA ESA






Salam Cinta Daripada:
Isterimu....



Sekarang tengah stress final exam tuk sem 6.... kawan-kawan ni yang banyak membantu dan saling faham memahami sub-sub ..... semoga exam tuk sem ni mendapat pointer yang baik dan bagus... Aminnn.......











Assalamualaikum.... dah lama tak masuh etry kat sini.. just nak share ni raya 2 tahun lepass...   seronok dapat bersama keluarga tambahan that is my turn....













entry hari nie...HUTANG....

Assalamualaikum..

Tetiba aku terbaca artikal nie... memang close dengan kehidupan seharian...kite nie hidup tak berhutang tak dapat merasa sesuatu yang kita impikan....TAPI.....
mesti baca strategi nie....



Strategi Saya Bebas Dari Hutang

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.

Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.
Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!
Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!
Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.




kenduri sedara di kampung


Dah lama rasanyer tak pekene kenduri kat kampung ... masih guna cara tradisional.. bergotong-royong dan rewang.....aku rase traditional kene kekalkan  sebab dengan cara cam nie kite kenal orang-orang yang  kite tak kenal  walaupun kite sekampung....

jom makannnn....
kenduri kampung macam nie leee..... 

anak-anak aku dengan sedara .. bukan main makan ais kerim...    first time tengok con hijau..

time bergambar... bawah pokok mangga....

selesai makan ... muka penat... panassssssss


hero aku  ........bukan main lagi try  basikal orang....

YANG PENTING BEST SANGAT BERDUYUNG-DUYUNG PERGI KENDURI BERSAMA KELUARGA ....

cuti-cuti Bukit Merah Laketown Resort......

Hai kawan-kawan,

sonok becuti dengan family..macam aku yang punyerrr... memang puas hati......
menginap kat sana 1 bilik RM 150.00.. aku ambik 2 bilik ..


Nie ayah aku... yang comel dan kelakar....


pic nie time baru sampai...... bukan main sonok anak aku....nak mandi-manda

Lepas kite mandi manda atau yang tak nak mandi tu leh lee shooping kat sini.... cam biasa lah barang-barang cam pelekat peti ais, topi, kipas... dan sebagainyerrrrr.....


kat belakang aku tu  pintu masuk ke tempat madi manda.... tapi kene beli tiket dulu.......



kalau dah  mandi ... lupa segala masalah dunia... bukan main lagi anak-anak aku nie.. 


same tak muka kitaorang .. anak mak lah katakan... habiske  cucu muka cam opahnyerrr








selesai sudah jalan-jalan ke Bukit Merah Laketown Resort...

kepada sesiapa yang belom sampai... tempat nie memang sesuai sangat untuk anak-anak sebab.. tempat mandi manda kat sini memang banyak pilihan... jommmm    beramai-ramai

Bento anak tersayang



Assalamualaikum,.... semua....


Eeemmmm cantik dan comel bento sehingga terpikat dijiwa raga...... seronok wat deco-deco cam nie...dia menambah kepuasan dihati selain anak-anak kite suka makan...tambahan anak-anak sekarang paling tak suka makan sayur,,, so dengan cara cam ini lah kite leh terapkan anak-anak kite untuk makan sayurr....... betul tak???? 

So seronok rasanya dapat share dengan kawan-kawan contoh-contoh bento ini... senang kita nak sediakan untuk anak-anak kite... sometime type makanan sikit saje.. ini membuatkan kita boleh menjimatkan belanja harian.....

Jom kite lihat .......     

Contoh 1



Contoh 2





Contoh 3



Contoh 4




Contoh 5



Contoh 6




Pe lagi mak-mak sekelian....  ....jooooooooommmmm